**berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kaPten daLam baHtera hiDuPnya**
Ahad, 6 Disember 2009
~hoMetoWn~
Sabtu, 28 November 2009
++leaVinG saBah for 1 monTh++
hari ni dah tanggal 28 nov,
means= balik kampong!!
yeah~
huhuuhu.. excited nie.
tapi balik just 4 one months.
still don noe what to do there,
there's stiLL fLood..
so, cannot do anything for a while..
but,
i manage to take a tuition,
ma alredy agree but donno when n where.
i'll ask my cazen about that.
i've pack all my books into my bag
donno if i gonna open it or not.
hope so YES~
hehehehe
nex yer gonna siT SPM,
so, must start studi from now..
nGeee~
we gonna leaving after Zuhur.
fl8 at 5 pm maybe,
we'll arrive at Pak Keral maybe at 12 at nite.
tooo long jurney..
k la.
please pray for our safety~
huhuhu
+salam+
Khamis, 26 November 2009
++saLam 'iDul AdHa++
macam xexcited plak nka raya tahun nie
blank2 nie
xtaw pa maw bwat besok.
rasanya2 pas solat raya,
balik umah.. tido~~
nGee,
tu kalu xda owg jemput makan la..
kalu ada, p je la.
dah lama xraya haji kat cnie,
sedey pon ade gak coz xdapat raye kat kG.
ingatkan raya puasa je kat sini..
rupa2nya dua2 skali kat cnnie..
dah la kat taman nie berape org je tggl.
ish3,,
raya d perantauan lagi..
xpa2. sabo..
latiHan..
kang duk kat mesur lagi la lama kan..
(hehe.. cita2 + angan2)
hope so i'll make my medic course at mesir.
U caiRo tu~~
k la,
seLamat menYambuT
haRi raYa i'duL Adha..
maaf kalu ada salah dan silaP..
no see long tym~~
Aurat muslimat~~
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.
"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;
"Kenapa kakak menangis?"
"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;
"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."
"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak.
Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.
Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa ...
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."
Itu dah terlambat.
p/s: thanxx sebab baca
nie amek dari iluvislam.
Ahad, 20 September 2009
sYaWaL meNjeLma
Alhamdulillah. d kesempatan nie sya nak minta ampun dan maaf atas segala kekHiLafan yg pernah sya lakukan. Hope korang dapat maafKan yer.. moga2 syawal tahun nie sya dot wat pose 6 plak.. tahun lepas xsempat la..huhuhuhu..
Sabtu, 19 September 2009
Ramadhan dah naK tinggalkan kiTa.
AL-Quran sapo la nie?
p/s.. Pek, ko kalah la kali nie..hehehehe
Selasa, 15 September 2009
cuTie laGi..
Khamis, 27 Ogos 2009
Hati - قلب
Alhamdulillah, nie ada hadiths Rasulullah SAW ttg hati :
Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'
haaa.. mmg terbuktila napa Imam Malik meletakkan hadis ttg hati ni yg pertama sekali dalam susunan hadis2.. semua perbuatan kita nie bergantung dengan hati.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.
Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?
Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.
Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?
Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.
Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)
Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;
'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)
Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:
'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
haa..jelaskan pada kita bahawa hati yg baik dan mulia memandu seorang insan yg berakhlak mulia dan bertaqwa.. insyaALLAH.. mari kita baiki hati sebelum ianya rosak dan keras umpama batu yg sukar diubah bentuknya..
Selasa, 25 Ogos 2009
ALLAHUAKHBAR!!!!!! PAS MenaNg LaGI kaT PermaTanG PasiR
AlhamduLillah..malam nie aku dGempaRkan dengan keMenangan Pas d pilihan raya kecil Permatang Pasir.. alhamduLillah. nie keratan akhbar HaraKah " PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551" tahniah kat suma jentera PAS dan PAKATAN RAKYAT.. semoga kemenangan nie akan m'beri tamparan baru buat kerajaan bhw rakyat da x tertipu da ngan tipu daya dorang sepanjang memerintah..
:::: menGapaI 4 haRi raMadHan::
alhamduLillah sbb mac ag dberi nikmat oleh Allah utk hidup dbuLan yg muLia ini..
pagi nie kitaoRang bangun sahur leWat cket.. nasib baik la ma sempat masak, kalu x, makan yg wajib je la.. eh, ade ke plak makan yg wjib?hehehe
walau apa pun.. dapat la gak ibadah sahur..huhuhu
pasTue nak tunggu suBuh terus nak sOlaT.. teTibe je mata nie teRtiDo n dklt 5.45 baRu teBangun..ish.. terus cepat2 p mandi n taDarus, pasTue sTudi jap Bio..huhu..
nak jadi doKtOr bha nie.
************** ***************
tengah2 aku search 10net, ma bawa p beRtaNi kat blakang umah, mula2 x maw.. tapi takut nanti kna declare derhake plak.. so, ikhlaskan ati p tolong ma. cuaca plak ok, x panas a. AlhamduLillah. rupanya ma da buat keBun da kat bLakang umah, baru plak taw(apa pya anak la ko nie zan) ish3.. banyak la gak ma tanam, ma ni ade bakat macam Tok Abah jer.. jenetik la katakan.. aku pLak?? kurang mina cket dlm hal2 nie..
hehehehe..
************* ***************
skang nie tengah download filem SyurGa Cinta, best nampak citer nie.. nak tengok la sambiL isi masa lapang. nie, c Haziq tom2 bak yg blakon ngan awal n Haliza.. islamic kot citer nie..
:::::::::stakat nie je la, wasalam:::::::::::::::
Ahad, 23 Ogos 2009
++++Kita sebenarnya++++
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???
Sabtu, 22 Ogos 2009
RamadHaN buLan muLia
Jumaat, 14 Ogos 2009
Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat
Bukhari Muslim
Sabtu, 1 Ogos 2009
QuaRanTinE!!!!
subhanallah, sumer oreg da hepi giler.. hepi dapat balik ow..huak3.. huh, yg pebting kitaorang sempat la kumpul duit tym ari khamis n order KFC..waa..sedapnyer.. best giler dapat makan KFC tym kena kurung kan..da la makan ramai2... huh, tapi yg emonya.... bola adidas f30 kami dah bocor.. tu pun bkn kami yg bwat..ntah sape la yg xnak ngaku tu..huh..Allah saja yang tahu..dah la..xnak ag eh kena kuarantin..banyak buang masa jak dari bwat benda x faedah.
Ahad, 28 Jun 2009
moVie baRu teNgoK
Sabtu, 13 Jun 2009
go baCk to sChooL
2 daYs to Go..
Jumaat, 12 Jun 2009
CR7 pinDaH ke R.MadRiD??
Khamis, 11 Jun 2009
bLom teRlaMbaT bHa..
10syen gak kengkadang.. tapi yg bestnyer, ak xpena plak ken adenda coz x siap omwok, walaupun ak xbwat kat umah..tapi alhadulillah sepat siap sblum waktu p&p subjek tue.. baru la x buang masa cutie namanya kan..kuEng3..yg penting skang ak nak berazam maw kac siap tu physics n chemis sblm balik skola.. n one more, FOLIO BIO!!! arg! hehehe.. ckit ag bha.. insyaALLAH ari jumaat print.. thanX toT coz kac ak maklumat..hehehe.. ko mmg kawan baik..huhuhu.. kalu x masakan siap ak pya Bio..
Selasa, 9 Jun 2009
nUkiLaN di BaWaH siNaRaN bUlaN
HaLaWaTul iMan
say AssaLamuaLaikum to de Moon
Skang nie ak nak ucapkan jutaan terima kasih kat tenaga pengajar dalam arena bahas. 1st skali mesti la CKG RUSILA.. syukran cikgu, hya ALLAH sja yg dapat balas jasa ckg taw..mmg ckg la yg banyak bantu kami, u have sacrifice a lot of thing 4 us.. we say thanks a lot ckg..mmg ckg tahun nie lebih amik berat ttg kami kan..kami saaaaaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaaaaaaangg ckg..dah la skang nie ckg da pandai bwat JOKE G9, ndapa2 sya saport bha ckg..sya ingat lagi tue..gini, ak cakap yg aku nka COOL jer tym dalam persidangan nanti.." ckg, sya maw COOL jak nanti nie tym bahas"... dgn sewenang2nya ckg balas>" kamu bawa la bnyak ICE nanti, bru COOL" wakakakaka...ckg nie mmg spoting n asyik2 bwat joke..huhuhuuhuhu.. hope ckg halalkan sgala ilmu, tunjuk ajar ckg dan juga joke yg telah ckg buat.. CKG memang BEST!!!!!!
Tak lupa gak kat CKG AWG ZAILANI yg banyak beri komen kat ktaorang..mekaseh ckg.. owh ya, mekaseh juga coz bagi kami pinjam Laptop ye.. smga ALLAH sentiasa merahmati ckg.. SenYum selalu..huhuhuhuhuhu... MADAM..huuh,MADAM ANIZA pown spoting giler.. baek towl madam ni..huh, da la spend ktaorang makanan, ambil berat lagi tue..huhuhu..terharu kami.. xlpa gak kat MDM DAYANG..walaupun madam jurulatih BI tapi bnyak gak idea dan dorongan madam sumbang kat kami..makaseh madam.. erm, CKG DZUL plak lagi kan..makaseh cgu..hope ckg ikhlas la spjg ngan kami di HKSBP ari tue k..
Lastly to all smeshian, love u all..thanx for ur dorongan samada langsung mahupun siaran langsung..terutamanya batch FORM 4..best giler korang.. jan lpa sapot ak bwat joke G9 k..hua3..nda sabar ag nie maw pulang skola..maw jumpa korang suma..syukran jaZilan to all.assalamualaikum...
Isnin, 8 Jun 2009
panGGilaN ALLAH
Aritue masa aku ikut perbarisan maulidurrasul, ada gak terbaca tentang panGGiLAn ALLAH terhadap hambanya..hmm..ALLAH panggil kita hanya 3 kali jak..
1. Panggilan AZAN..erm, laungan azan lah yg pertama kita menusuk rongga telinga kita apabila ALLAH hantar ke muka bumi ini kan.. kalimah ALLAH inilah yg meLabelkan kita sebagai seorang muslim..insyaALLAH.. mudah2han kta jadi MUKMIN yg sejati dan bukan sekadar title MUSLIM kan..pastue, seruan Azan apabila masuknya waktu solat..insyaALLAH masa tue kita jawab panggilan ALLAH dgn terus menunaikan kewajipan..tapi, ada gak antara kita yg melambat-lambatkan panggilan ALLAH nie kan..na'uzubillah..tapi ALLAH x mara ag kat kita walaupun melewatkan mahupun meninggalkan seruan ALLAH nie.. MAHA SUCI ALLAH tetap bagi kita limpahan rahmatNYA..bertapa Agungnya sifat AR-RAHIM ALLAH kan.. ALLAH mac bagi kita peluang, mac bagi kita pinjam Udaranya ini, mac bagi kekuatan fizikal dan mac pinjamkan kita iBuBapa yg kita sygi kan..bayangkan lah kalu kita melambatkan solat, ALLAH terus tarik segala RahMatNYA..confirm kita suma da xda kat dunia nie ka..na'uzubilah..
2. Panggilan Haji.. ALLAH panggil kita utk pergi ke Baitullah dengan banyak cara, yg xda duit terus ada duit.ada yg datang naik kereta, ada yg jalan kaki, ada yg naik kapal..huh, pelbagai cara ALLAH beri pilihan utk kita kan..mudah2han apabila tiba masa kita nanti, kita tunaikan dengan sepenuh dan seiKhlas hati semata2 mohon keredhaan ALLAH SWT..panggilan nie cukup istimewa apabila ALLAH mengajak kita lebih dekat denganNYA kerana tempat yg paling sesuai dan mujarab berdoa adalah Masjidil Haram.. bolelah kita berdoa dengan penuh rasa tawdu' dsana kan, mudahan aku akan diberi peluang utk ke tanah haram itu..insyaALLAH..
3. Panggilan kembali ke RahmaTullah.. panggilan nie adalah panggilan terakhir kita sebagai hamba ALLAH.kita xtaw bila ALLAH akan panggil kita ke sana, masa panggilan ini lah terputusnya kita dengan kehidupan didunia dan menunggu utk dihidupkan kembali pada hari Kiamat nanti.
MEMORI HKSBP KE 36 SSP
aLhaMduLiLah
alhamdulillah berkat limpah kurniaNya dapat juga aku bwat bLog nie..alhamdulillah juga liannaha ALLAh mac consider aku sbagai hambnya dgn bagi lagi sya pinjam udara ALLAH yg MAHA penYayang nie..syukran ya ALLAh.. walaupun aku tahu dah banyak dosa besar yg telah aku bwat kat duNIa nie, apatah lagi dOsa keCil..nesCaya kalau dihitung..na'Uzubullah..
syukran ya ALLAh sbb masih bagi peluang untuk aku bertawbat..alhamdulillah..
mata pena nie walaupun duk dalam komp tetap juga nak meluahkan perasaan tentang diri yg penuh kehinaan nie..hya ALLAH sja yg tahu..eh.kejap..dah dekat pukul 2 ptg..masyaALLAh..aku terleka dengan komp nie..ZuHUr telah lama bErkUmandang.aku nak pergi tunaikan kewajipan dlu k..sampunkan hambamu ni ya ALLAH sbb lambat tunaikan kewajipan mu..
assalamulaikum..